Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"Perkahwinan Kami Baik-Baik Saja" - Nazim Othman

Nafi desas desus di sosial media.

0
comments
Nafi rumahtangga berantakan. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

"Terima kasih kepada yang bertanya. Itu menunjukkan mereka masih mengambil berat tentang kami.

"Saya terima semuanya dari perspektif positif. Untuk pengetahuan semua, kami baik-baik saja."

Itu kata-kata pelakon Nazim Othman berhubung dakwaan mengatakan perkahwinannya bersama pelakon Bella Dally  berantakan.

Kenyataan pelakon drama Lara Aishah itu juga sekali gus menafikan desas-desus yang tersebar sejak petang tadi.

Nazim Othman bersama isterinya, Bella Dally. (Kredit Gambar: Z.Nadzri)

"Berkenaan gosip itu, tak ada apa yang perlu diceritakan lebih lanjut," katanya kepada Rojak Daily Kaw!.

Terdahulu sebuah blog menyiarkan perkahwinan Nazim dan Bella dikatakan berantakan selepas Bella memadam gambar Nazim di laman Instagram miliknya.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September lalu di Kota Kinabalu.

 
 
Comments