CLOSE
CLOSE

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tidak Ke Korea Utara

Laporan bedah siasat Kim Jong-nam masih belum dikeluarkan.


  • Share:

Rakyat Malaysia Dinasihatkan Tidak Ke Korea Utara
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan kes pembunuhan Kim Jong-nam tidak menjejaskan kemasukan pelancong asing ke negara ini. (Gambar: shutterstock)
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menasihatkan rakyat negara ini tidak berkunjung ke Korea Utara atas faktor keselamatan susulan kes pembunuhan abang kepada Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam. Tambahnya, kerajaan bimbang kemungkinan perkara tidak diingini berlaku jika rakyat Malaysia ke sana. 

Laporan BH Online juga menyatakan kes tersebut tidak menjejaskan kemasukan pelancong asing ke negara ini apatah tidak ramai pelancong dari Korea Utara datang ke sini.

Sementara itu, perkembangan terkini mengenai kes pembunuhan tersebut menyaksikan laporan bedah siasat mangsa akan diketahui pada minggu depan. Perkara itu dinyatakan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bahawa maklumat tambahan mangsa termasuk latar belakang diri dan waris diperlukan sebelum laporan bedah siasat mengenai punca kematian dikeluarkan.

Dalam pada itu, beliau meminta polis dan Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur diberikan masa untuk menjalankan siasatan penuh terhadap punca kematian, seperti dilaporkan Harian Metro

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini memberi masa kepada Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang-song, 44, agar tampil membantu siasatan kes tersebut manakala waran tangkap akan dikeluarkan terhadap pekerja syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37, dalam masa terdekat. 

Kerajaan Malaysia juga bertindak dengan meminta Polis Antarabangsa (INTERPOL) menyenarai hitam empat warga Korea Utara lain yang dipercayai terbabit dalam kes ini dan sudah meninggalkan negara ini. 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top