Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pak Pong Pula Kena Cetak Rompak

Penonton ditawarkan peluang menyaksikan filem itu menerusi atas talian secara percuma.

0
comments
Pak Pong Pula Kena Cetak Rompak
Filem Pak Pong menjadi mangsa cetak rompak sehari sebelum tayangan. (Gambar: Pak Pong - Facebook)
Pelakon dan juga pengarah terkenal, Fauzi Nawawi menyatakan rasa kecewa dan marah apabila filem terbaru arahannya berjudul Pak Pong yang sepatutnya dijadualkan tayangan pada 23 Februari ini dicetak rompak individu tidak bertanggungjawab. Dia menyedari perkara tersebut berlaku selepas satu akaun Facebook tidak rasmi filem itu diwujudkan yang menawarkan tonton atas talian secara percuma.

"Perkara seperti ini wajib kita ambil tindakan memandangkan filem Melayu sebelum ini pernah disebarkan sebelum tayangan. Langkah untuk membanteras perkara sebegini harus dilakukan sendiri oleh pengkarya seni dan bukan mengharapkan pihak berkuasa semata-mata," katanya kepada Rojak Daily Kaw! hari ini. 



Tambahnya, sekiranya kejadian tersebut dibiarkan terus berleluasa apa yang dibimbangi adalah ia memberi kesan pada produser filem berasa serik untuk menerbitkan filem baru pada masa akan datang.

"Apa yang akan terjadi pada kami sebagai anak seni yang membanting tulang dan berhempas pulas mencari duit untuk menyiapkan sesebuah filem sedangkan orang lain senang mengaut keuntungan. Jika filem ini ditayangkan di Facebook selepas tayangan, siapa pula yang beri kebenaran," katanya.

Datuk Eizlan Yusof bersama Siti Saleha bergandingan menerusi filem Pak Pong arahan Fauzi Nawawi. (Gambar: Pak Pong - Facebook)

Susulan dengan perkara itu, produser filem tersebut, Mohd Ishak Mohd Ismail tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seremban 2, malam tadi. Dalam laporan itu, dia memberitahu menerima kiriman mesej menerusi WhatsApp daripada Fauzi yang menyatakan idea dan konsep filem itu dicetak rompak individu tidak bertanggungjawab yang bertindak membuat tular di Facebook menerusi akaun, Pak Pong Full Movie Watch Online.

Satu akaun di Facebook didakwa melakukan cetak rompak terhadap filem Pak Pong yang menawarkan tayangan secara percuma secara atas talian. (Gambar: Facebook)

"Apabila saya lihat sendiri dalam Facebook, saya dapati idea konsep arahan Fauzi menerusi filem Pak Pong betul-betul ada," katanya dalam laporan itu.

Buat masa ini, filem Pak Pong hanya mempunyai akaun Facebook rasmi, Pak Pong (@pakpongthemovie).

 
 
 
Comments