Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Pereka Fesyen Indonesia Cipta Sejarah Guna Model Imigran Di Pentas Fesyen New York

Fesyen berhijab dan sopan juga selayaknya dihargai.

0
comments
Pereka Fesyen Indonesia Cipta Sejarah Guna Model Imigran Di Pentas Fesyen New York
Gambar: Getty
Jika tahun lalu menyaksikan pereka fesyen Indonesia, Anniesa Hasibuan menjadi pereka fesyen pertama mempersembahkan koleksi fesyen berhijab di acara fesyen berprestij, Minggu Fesyen New York (NYFW), tahun ini dia tampil berani dengan mempersembahkan koleksi fesyen berhijab dengan menggunakan model-model imigran untuk pertunjukannya yang bertema 'DRAMA'. Ini adalah sebagai maklumbalas dan ‘political statement’ terhadap isu anti-imigran dan isu 'Muslim ban' yang hangat berlaku di Amerika Syarikat (AS).
 
 

A post shared by Anniesa Hasibuan (@anniesahasibuan) on

 

A post shared by Anniesa Hasibuan (@anniesahasibuan) on

 
Memetik kenyataan Anniesa di dalam ELLE.com, “ini adalah peluang bagi saya untuk mempamerkan keindahan Islam. Berdasarkan barisan model yang saya gunakan, saya percaya semua orang patut diberikan peluang yang sama terutamanya jika mereka penuh visi, bakat dan kemahiran. Tidak semua imigran itu jahat. Salahkah keluar dari negara mereka untuk kehidupan yang lebih baik? Salahkan melarikan diri dari negara mereka untuk masa depan yang cerah dan pendidikan yang lebih baik? Disini terbukti, kami boleh buat apa yang warga Amerika buat dan kami turut menyumbang pada negara anda”.
 
 

A post shared by Anniesa Hasibuan (@anniesahasibuan) on

 

A post shared by Anniesa Hasibuan (@anniesahasibuan) on


Menariknya lagi ketika sesi pemilihan model, Anniesa turut menemubual para model ini untuk bertanyakan pendapat mereka terhadap perubahan politik di AS. Penting baginya untuk 'berjuang' dengan cara yang sihat seperti  menunjukkan kasih sayang dan sokongan.

Bagi Anniesa juga, dia akan terus mempromosikan dan meluaskan empayar fesyen berhijab. “Hijab juga boleh membuatkan anda tampak bergaya dan sofistikated seperti fesyenista lain. Fesyen sopan ini seharusnya diberikan penghargaan dan dipertingkatkan lagi. Sesuatu perbezaan itu jika ia mendatangkan banyak kebaikan, seharusnya diraikan. Bukannya dihalang”, ujarnya lagi.
 
 

A post shared by Anniesa Hasibuan (@anniesahasibuan) on

 
 
Comments



Back to top