Rojak Daily Logo

Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 Boleh Buat Anda Menangis 2 Jam

0
comments
Filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 Boleh Buat Anda Menangis 2 Jam
Gambar: bookmyshow

Ku Kirim Padamu Sepotong Luka, Sebagai Penanda Kita Pernah Bersama’. Adunan jalan cerita yang mahu disampaikan dan watak yang dilakonkan dengan baik mampu menguatkan sesebuah karya sehingga menjadi sebuah filem yang bagus. Terbaru, sekuel untuk filem box office Indonesia tahun 2015, Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD2) kini ditayangkan serentak di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Februari 2017!

Gambar: Brilio.net

Berkesempatan menonton filem ini pada majlis tayangan perdananya semalam, karya yang diangkat dari novel Asma Nadia ini membuat ramai sedu-sedan dan bengkak mata sejurus keluar dari panggung. Bukan sahaja ia memaparkan jalan cerita penuh perasaan, namun turut didukung bintang berbakat Indonesia seperti Feri Nuril (Prasetya), Laudya Cynthia Bella (Citra Arini), Raline Shah (Meirose), Reza Rahadian (Doktor Syarief) serta pelakon terkenal Malaysia, Nora Danish (Sheila).

Gambar: Youtube

Filem yang mendapat sentuhan pengarah Hanung Bramantyo ini sempurna digarap dengan lagu runut bunyi hasil komposer terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed. Lagu pertama berjudul ‘Dalam Kenangan’ nyanyian Kris Dayanti dan lagu kedua bertajuk ‘Surga Yang Kurindukan’ nyanyian pelakon utamanya, Laudya Cynthia Bella dan Warda.

Jadi buat anda peminat SYTD1, anda harus tonton kesinambungan jalan ceritanya dan bagaimana Pras,Arini boleh bertemu dengan Meirose di kota Budapest lalu berlaku konflik setelah kehadiran Doktor Syarief serta kisah tragis Arini.


Trivia Surga Yang Tak Dirindukan 2

  1. SYTD2 mula ditayangkan di Indonesia pada 9 Februari 2017
  2. SYTD2 meraih 100 ribu penonton pada hari pertama ia ditayangkan dan mengetepikan filem Hollywood dari mendominasi carta tangga pertama box office Indonesia.
  3. Minggu pertama ditayangkan, SYTD2 berjaya meraih 400 ribu penonton.
  4. SYTD1 ditayangkan pada tahun 2015 dan meraih dua juta penonton di pawagam
  5. Lokasi penggambaran SYTD2 adalah di Budapest, Hungary
  6. MD Pictures juga merupakan produksi bagi filem hebat seperti Ayat-Ayat Cinta, Habibie dan Ainun, Rudy Habibie, Talak 3 dan Di Bawah Lindungan Kaabah.
 
 
Comments



Back to top