Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"6 Tahun Lepas, Saya Tidak Cukup Wang Dan Hanya Mampu Buat Majlis Akad Nikah Sahaja" - Shuib Sepahtu

Sebagai tanda penghargaan, Shuib Sepahtu buat majlis persandingan bersama Siti Sarah.

0
comments
Gambar: Twitter

Sweet betul Shuib ni! Inilah namanya susah senang bersama. Walaupun usia perkahwinan mereka sudah memasuki tahun keenam, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah nampaknya bakal bersanding buat kali pertama pada 26 Februari ini.

Majlis persandingan mereka akan diadakan di Bora Ombak Marina dan seramai 600 orang dari kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan artis akan dijemput. Majlis persandingan ini diadakan berikutan waktu pasangan ini berkahwin enam tahun lepas, Shuib tidak mempunyai wang untuk majlis kenduri serta bersanding dan mereka hanya mampu melakukan majlis akad nikah sahaja.

Tambah istimewa, majlis ini turut diraikan bersempena ulang tahun perkahwinan keenam mereka selepas berkahwin pada 26 Februari 2011.

Menerusi Utusan Online, Shuib Sepahtu berkata, keputusan untuk bersanding itu dibuat sebagai tanda penghargaan buat isterinya tercinta yang selama ini setia bersamanya tatkala susah dan senang.

Selepas enam tahun melayari hidup berumah tangga, pasangan artis Shuib Sepahtu dan isterinya, Siti Sarah Raisuddin akan bersanding buat kali pertama pada 26 Februari ini.

Majlis persandingan dan resepsi tersebut sekali gus dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke enam  selepas disatukan pada 26 Februari 2011.

Hati isteri mana tak girang jika diraikan sebegitu rupa. Bagi Siti Sarah, dia ibarat wanita paling bertuah apabila dikurniakan suami seperti Shuib.  

"Bayangkan saya sudah menjadi isteri kepada Shuib selama enam tahun, dikurniakan anak tiga orang dan mendapat suami yang sangat baik daripada pelbagai sudut, jadi tidak ada ayat yang  boleh dilafazkan untuk menggambarkan kegembiraan dan kesyukuran ini," kata Sarah.

 
 
Comments