CLOSE
CLOSE

16 Belon Udara Panas Singgah Pulau Pinang

Pengunjung bertuah berpeluang menaiki belon udara panas dengan bayaran RM50 seorang.


  • Share:

16 Belon Udara Panas Singgah Pulau Pinang
Fiesta Belon Udara Panas 2017 yang bermula seawal jam 6 pagi hingga 9 malam menyasarkan kehadiran kira-kira 90,000 pengunjung untuk acara selama dua hari. (Gambar: Eiylla Syaharith)
Fiesta Belon Udara Panas 2017 yang diadakan buat tahun ketiga mendapat sambutan yang cukup mengalakkan apabila lebih 50,000 pengunjung hadir untuk tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan acara belon udara panas itu.

Sebanyak 16 belon udara panas mengambil bahagian antaranya Rooster, Simba, Yellow Jacket, Chick, Happy Chan, Tako 2nd, Dexter, Lubao, Multicolored dan Rising Star membabitkan seramai 10 orang peserta daripada pelbagai negara termasuk Malaysia, Belanda, Belgium, Brazil, Jepun, Filipina dan Thailand.
    
Festival yang dianjurkan AKA Balloon Sdn Bhd dengan sokongan kerajaan negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Penang Global Tourism (PGT) dan TLM Event serta ditaja IJM Land Berhad.

Fiesta Belon Udara Panas 2017 diadakan buat tahun ketiga di Padang Polo, Pulau Pinang. (Gambar: Eiylla Syaharith)
    
Ketua Pegawai Eksekutif, AKA Balloon Sdn Bhd, Nur Izzati Khairudin berkata, pelbagai kelainan ditampilkan pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya dengan menyasarkan kehadiran kira-kira 90,000 pengunjung untuk festival yang diadakan di Padang Polo, Pulau Pinang selama dua hari sejak kelmarin.

"Lapan belon udara panas turut digunakan sebagai ujian penerbangan di Padang Awam Jawi, Nibong Tebal dan tiga belon udara panas disediakan untuk pengunjung yang ingin menaiki belon," katanya.

Seramai 10 orang peserta daripada pelbagai negara termasuk dari Malaysia, Belanda, Belgium, Brazil, Jepun, Filipina dan Thailand. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Fiesta yang bermula seawal jam 6 pagi hingga 9 malam itu dilengkapi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pertunjukkan belon udara panas yang membuka peluang kepada 150 pengunjung bertuah yang ingin menaiki belon udara panas itu dengan bayaran RM50 seorang.

Aktiviti lain juga disediakan untuk riadah seisi keluarga termasuk terjun bungee dan gerai makanan dan minuman selain fiesta itu dirasmikan Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Abdul Rahman Abbas dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Nur Izzati menambah pada malam perasmian turut diadakan pertunjukkan Glow In The Nights khas untuk tarikan pengunjung.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top