Rojak Daily Logo

Bekas Pemenang Indonesian Idol Meninggal Dunia

0
comments
Bekas Pemenang Indonesian Idol Meninggal Dunia
Mike Mohede. Gambar: alchetron.com

Industri muzik Indonesia dikejutkan dengan berita kematian salah seorang penyanyi terbaik Indonesia, Michael Prabawa Mohede atau lebih dikenali sebagai Mike Mohede.

Menurut sumber TribunSolo.com, Mike sempat mendapatkan rawatan di Hospital Bintaro sebelum dilaporkan meninggal dunia.

Mendiang Mike Mohede yang dilahirkan pada 7 November, 1983 di Jakarta, Indonesia pernah meraih kejayaan sebagai Juara Indonesian Idol musim kedua dengan mengalahkan penyanyi Judika.

Ketika ini, twitter dan instagram beliau dipenuhi dengan ucapan takziah daripada penggiat seni, peminat-peminat serta para netizen.

Kami di rojakdaily.com juga ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai Mike Mohede.

 
 
Comments