CLOSE
CLOSE

Harimau Malaysia Kedudukan 20 Terbaik Dunia Pada 2050?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan sasaran pasukan Kebangsaan menerusi Transformasi Nasional 2050.


  • Share:

Harimau Malaysia Kedudukan 20 Terbaik Dunia Pada 2050?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan pencapaian pasukan bola sepak negara sebagai antara matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50). (Gambar: Fourfourtwo - Astro)
Di sebalik pelbagai isu membelenggu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), skuad Kebangsaan diharap dapat mencapai kedudukan dalam 20 pasukan bola sepak terbaik dunia menjelang tahun 2050.

Sasaran itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu meletakkan pencapaian pasukan bola sepak negara sebagai antara matlamat Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menurutnya seperti dilaporkan Utusan Online, jika pasukan Harimau Malaysia berjaya mencapai kedudukan tersebut ia menjadi kebanggaan pada rakyat dan negara. Sasaran ini diharap memberi semangat kepada pemain dengan asas mempunyai rasa kasih dan cinta pada negara.

Ketika ini, pasukan Kebangsaan menduduki tangga 161 mengikut Persekutuan Bola Sepak Antarabanga
(FIFA).   

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top