CLOSE
CLOSE

'Charting the Economy' Sebuah Karya DiRaja

Buku yang ditulis Sultan Nazrin tentang ekonomi negara mula dijual dipasaran.


  • Share:

'Charting the Economy' Sebuah Karya DiRaja

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini melancarkan buku tulisan baginda berjudul Charting The Economy. Majlis perasmian tersebut diadakan di St Regis Kuala Lumpur. Buku setebal 234 halaman terbitan Oxford University Press menceritakan perjalanan ekonomi negara bersandarkan komoditi dalam tempoh 40 tahun pertama abad ke-20 ketika Malaysia berada di bawah pemerintaan British sehinggalah selepas kemerdekaan. Buku ini merupakan sambungan kepada tesis PhD baginda ini turut menyentuh anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaya dan komponennya dalam tempoh masa 1900 hingga 1939  dan menganalisis pola selain menambahkan kefahaman tentang prestasi ekonomi sepanjang empat dekad pertama itu.

(Kredit Gambar: Twitter)

Sultan Perak yang dilahirkan pada 27 November 1956 ditabalkan sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong Malaysia pada 14 Oktober 2016. Sultan Nazrin terkenal sebagai seorang sultan bijaksana dan lantang memberi kritikan membina kepada agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun. Baginda mempunyai latar belakang pendidikan dari Kolej Melayu Kuala Kangsar, ijazah dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Worcester College, Oxford dan memegang sarjana Pengurusan Awam dari John F. Kennedy School of Government di Harvard University, serta PhD dalam bidang  Political Economy and Government juga dari Harvard University.

(Kredit Gambar: Instagram @kesultananperak)

Kredibiliti baginda dalam bidang ekonomi tidak boleh dipertikai. Baginda memegang peranan sebagai Duta Kewangan MIFC dan mengetuai panel tertinggi Dana Kemanusiaan di United Nations. Baginda turut mengkaji perkembangan ekonomi dan politik di negara Timur Tengah dan Tenggara Asia, malah turut menulis serta bertitah tentang pelbagai isu sejagat termasuk peranan sistem perlembagaan monarki di Malaysia.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top