Rojak Daily Logo

MH370 Mungkin Menjunam Ke Laut Pada Kelajuan 400km Sejam

0
comments
MH370 Mungkin Menjunam Ke Laut Pada Kelajuan 400km Sejam
Apa yang terjadi kepada MH370 sebenarnya? (Gambar: www.nbcnews.com)

Kehilangan penuh misteri MH370 meninggalkan tanda tanya walaupun telah lebih dua tahun kejadian malang itu berlaku pada 8 Mac 2014. Kehilangan pesawat yang membawa 227 penumpan dan 12 anak kapal itu disahkan selepas pesawat itu hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur. Penerbangan pesawat Boeing 777 itu dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Gambar: www.express.co.uk

Kehilangan pesawat malang yang penuh misteri itu telah membawa kepada misi pencarian tiga penjuru yang melibatkan Malaysia, China dan Australia dan mencakupi kawasan seluas 120,000 kilometer persegi di selatan lautan Hindi di perairan barat Australia.

Lokasi tersebut ditetapkan berdasarkan kepada kapasiti bahan bakar pesawat Boeing 777. Menurut berita dari Awani, komunikasi satelit terakhir dengan pesawat MH370 menunjukkan kemungkinan besar ia sedang dalam kadar penurunan yang tinggi di kawasan yang dikenali sebagai lengkok ke-7. Namun sehingga kini tiada sebarang bukti ditemui. Kerajaan Malaysia, China dan Australia sebulat suara membuat keputusan untuk menangguhkan misi pencarian selepas pencarian di kawasan seluas 120,000km persegi selesai pada Oktober atau November ini. Persetujuan tersebut dicapai dalam mesyuarat triparte di antara tiga negara itu yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini.

Masih ada harapan untuk menemui MH370: capnaux.com

Terbaharu, penyiasat kemalangan dari Australia telah mendedahkan data menunjukkan pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin telah menurun pada tahap sehingga 20,000 kaki (6,700 meter) seminit pada saat terakhir sebelum jatuh ke dalam laut kepada AirlineRatings.com dalam insiden 8 Mac 2014.

Greg Hood: australianaviation.com.au
 

Dalam temubual pertama bersama Greg Hood selepas mengambil alih jawatan Ketua Pesuruhjaya bagi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Hood memaklumkan kepada AirlineRatings.com di Perth, Australia Barat, bahawa komunikasi satelit automatik dengan pesawat Boeing 777 pada minit-minit terakhirnya menunjukkan bahawa kadar penurunan pesawat itu meningkat secara mendadak daripada kira-kira 5,400 kaki (1200 meter) seminit sehingga 20,000 kaki (6,700 meter) seminit. Peningkatan besar itu menunjukkan pesawat itu tidak dikendalikan oleh juruterbang.

Wawancara eksklusif itu diadakan selepas beberapa media memetik laporan FBI yang dibuat dua tahun lalu mengenai program simulator penerbangan dalam komputer milik juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah. Sekaligus mensabitkan juruterbang itu sebagai individu yang bertanggungjawab meluncurkan pesawat Boeing 777 ke dalam air secara terkawal. Jika hal ini benar, pihak ATSB sedang membuat pencarian di lokasi yang salah.

Gambar Kapten Zaharie berada di hadapan simulator di rumahnya: www.nydailynews.com

Hood menyangkal dakwaan ini dan memaklumkan pihaknya sedia maklum tentang laporan tersebut, namun laporan itu jaya menunjukkan terdapat perancangan tetapi tidak memaklumkan di mana pesawat itu berada.Ketua Pengarang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata pendedahan baharu oleh ATSB ini menjelaskan lebih banyak maklumat mengenai saat-saat akhir tragedi MH370.

 
 
Comments