Rojak Daily Logo
Back to top

Datuk Amar Abang Johari Abang Openg Ketua Menteri Sarawak Ke-6

Upacara mengangkat sumpah dilakukan pada jam 4 petang tadi.

0
comments
Datuk Amar Abang Johari Abang Openg Ketua Menteri Sarawak Ke-6
(Kredit Gambar: jiwabakti.com)
Abang Johari Abang Openg, Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu. Menurut Berita Harian, istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri ke-6 Sarawak  dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Astana Negeri.
(Kredit Gambar: Twitter)
Menurut Awani, pemilihan Abang Johari, 66 tahun dilakukan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama Yang Dipertua Negeri Sarawak dan sebulat suara memilih Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu. Yang Berhormat Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg atau lebih mesra dengan panggilan Abang Jo mempunyai 10 orang adik beradik
(Kredit Gambar: Twitter)
Bapanya, Tun Abang Haji Openg merupakan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Pertama, memegang tampuk pemerintahan selepas Great Britain mengembalikan Sarawak dan selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Beliau kini memegang dua portfolio menteri penuh di bawah Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar serta Kementeriandan Perindustrian dan Pembangunan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan yang telah mewakili Satok selama 9 penggal. Tahniah!
 
 
 
Comments