Rojak Daily Logo
Back to top

Mia Ahmad Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz

Majlis pernikahan telah diadakan pagi tadi di Taiping Sentosa Villa.

0
comments
Mia Ahmad Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz
(Kredit Gambar: Instagram @mia.ahm4d)

Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi yang cukup terkenal menerusi drama bersiri Hati Perempuan, sah bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan tepat jam 10.19 pagi tadi. Mia menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 berserta tujuh dulang hantaran. Majlis pernikahan dan persandingan pasangan ini turut disiarkan menerusi ‘live streaming’ di tonton.

Majlis pernikahan yang diadakan di Taiping Sentosa Villa, Taiping, Perak ini menyaksikan kedua pasangan mempelai tampil indah dengan persalinan serba putih. Majlis resepsi akan diadakan esok di Taiping Gold and Country Club, Taiping jam 8 malam.  Sementara di pihak lelaki, majlis menyambut menantu akan diadakan pada Mac di Marang Terengganu sebelum sebuah majlis resepsi untuk rakan taulan dan ahli keluarga terdekat diadakan di Kuala Lumpur. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis pernikahan mereka. Tahniah diucapkan kepada Mia Ahmad daripada Rojak Daily!

(Kredit Gambar: Instagram @mia.ahm4d)
(Kredit Gambar: Instagram @mia.ahm4d)
(Kredit Gambar: Instagram @mia.ahm4d)
(Kredit Gambar: Instagram @mia.ahm4d)
(Kredit Gambar: Instagram @mia.ahm4d)
(Kredit Gambar: Instagram @mia.ahm4d)
 
 
Comments