Rojak Daily Logo

Kuala Lumpur Diserang Zombie!

0
comments
Kuala Lumpur Diserang Zombie!
(Kredit Gambar: Instagram @gavyap77 & doghouse73pictures)
Jika sebelum ini kita ditayangkan dengan filem-filem Zombie luar negara seperti Train To Busan, World War Z, Night Of The Living Dead dan Zombieland, namun filem arahan James Lee, Shamaine Othman dan Gavin Yap ini berbeza dan lebih dekat kerana menggambarkan serangan zombie di Malaysia.
 
(Kredit Gambar: Instagram @doghouse73pictures)
Menariknya, filem yang menelan belanja RM200,000 ini menggunakan saluran YouTube berbanding pawagam untuk menayangkan filem mereka. Penonton boleh menyaksikan filem ini sejak 8 Januari lalu secara percuma. Sebelum itu, layan dahulu thriller filem yang menampilkan nama-nama besar seperti Sharifah Amani, Azman Hassan, Joseph Germani, Pete Teo dan Fatimah Abu Bakar ini menceritakan tentang penularan wabak zombie dalam tempoh masa 24 jam.

 

Menurut Star2u.com, KL24: Zombies memaparkan kisah zombie berbeza dengan watak berbeza yang disesuaikan dengan kebudayaan serta cara hidup Asia. Pengarah turut menyuntik elemen perpaduan. kekeluargaam dan kerjasama di antara kaum di Malaysia dalam berhadapan tragedi serangan ini.
 
(Kredit Gambar: Instagram @sharifah_amani)
Kisah tiga pekerja pejabat yang dipaksa bekerja lebih masa pada ketika wabak ini menyerang sehingga menyebabkan bos mereka bertukar kepada zombie merupakan kisah pertama yang diarahkan James Lee. Gavin pula membawa kisah Steven yang diserang ahli keluargan yang bertukar kepada zombie ketika membawa teman wanitanya pulang untuk makan malam bersama keluarganya. Shamaine memaparkan kisah Datuk Karim yang baru sahaja mengahwini isteri keempatnya Melati yang dijangkiti wabak zombie sehingga memaksa ketiga-tiga isteri Datuk Karim yang lain bertindak untuk membunuhnya. Keengganan Melati membuatkan isteri pertamanya Salwa mengarahkan anaknya Imri dan Farah memburu Melati. Inilah tiga cerita yang  bakal anda saksikan dalam filem terbitan Doghouse73 Pictures ini. Jom tonton!

 
 
 
Comments