Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Peragut Simbah Minyak Pelincir Ketika Dikejar Polis

Seorang wanita mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan akibat ditolak suspek.

0
comments
Peragut Simbah Minyak Pelincir Ketika Dikejar Polis
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa diragut penunggang motosikal ketika berjalan kaki.
Polis kini sedang menjejaki dua lelaki yang disyaki terbabit menyamun rantai leher seorang wanita sehingga cedera dihadapan sebuah stesen minyak di Lebuh Farquhar, Georgetown, pada 31 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, seorang wanita berusia 36 tahun membuat laporan polis mengenai rantainya diragut dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal. Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan tangan akibat ditolak jatuh oleh suspek dan kejadian itu juga turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Tambahnya, siasatan mendapati kejadian berlaku jam 11.30 pagi dan kejadian itu menyebabkan mangsa direntap rantai leher yang dipakai sebelum ditolak hingga jatuh. Siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami kerugian kira-kira RM10,000.

Mior Faridalathrash berkata, hasil siasatan yang dilakukan polis menerima maklumat pada jam 12 tengah hari pada hari kejadian bahawa suspek menunggang motosikal menghala ke Jambatan Pulau Pinang melalui Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

"Tindakan pantas empat Unit Ronda Bermotosikal (URB) bersama anggota Balai Polis Jelutong cuba menahan laluan suspek tetapi suspek dapat melolos dan masuk ke Jambatan Pulau Pinang. Berlaku kejar mengejar antara polis dan suspek sehingga ke kawasan Mega Mall, Prai dan ketika itu suspek tiba-tiba bertindak menyimbah minyak pelincir ke atas anggota polis serta menendang salah sebuah motosikal anggota polis sehingga menyebabkan anggota polis terjatuh dari motosikal.

"Pemeriksaan mendapati anggota polis mendapat kecederaan pada anggota badan serta kaki dan tangan dan suspek sekali lagi berjaya melepaskan diri dan polis kini sedang mengenalpasti identiti suspek. Usaha untuk menjejaki suspek masih lagi dijalankan dan polis meminta kerjasama orang ramai untuk membantu siasatan sekiranya mengenalpasti suspek dan kes di siasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun sehingga mendatangkan kecederaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi  Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
 
 
Comments