Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Harith Iskander Pelawak Nombor Satu Dunia

Dia menjuarai pertandingan Funniest Person in the World 2016.

0
comments
Harith Iskander Pelawak Nombor Satu Dunia
Selaku juara, Harith Iskander membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$100,000. (Gambar: Harith Iskander - Facebook)
Pelakon terkenal dan juga pelawak popular tanah air, Harith Iskander berjaya membuktikan dia pelawak nombor satu dunia apabila menjuarai pertandingan Funniest Person in the World 2016 yang berlangsung di Levi, Finland, hari ini.

Keputusan Harith menang pertandingan lawak antarabangsa itu diumumkan penganjur, Laugh Factory menerusi Twitter, sejam yang lalu. Difahamkan, pemilihan pemenang dibuat berdasarkan undian atas talian penonton di seluruh dunia.

Kejayaannya itu mengatasi empat peserta lain yang bertanding di peringkat akhir iaitu Alex Calleja dari Filipina, Katerina Vrana (Greece), Mino van Nassau (India) dan David Kilimick (Israel). Selaku juara, Harith menerima hadiah wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM442,150).

 
 
 
Comments