Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

[TERKINI] Jumlah Kematian Gempa Bumi Banda Acheh Mencecah 97 Orang

Usaha mencari dan menyelamat mengsa yang cedera sedang giat dijalankan.

0
comments
[TERKINI] Jumlah Kematian Gempa Bumi Banda Acheh Mencecah 97 Orang
Dianggarkan seramai 273 orang penduduk wilayah Acheh cedera dengan suku daripada mereka parah dalam tragedi gempa bumi. Sebanyak 245 buah bangunan rosak teruk terutama di kawasan Pidie Jaya termasuk 14 buah masjid, sebuah hospital dan lebih daripada 200 buah rumah kedai.


Menurut Time seramai 148 juta warga Indonesia atau lebih daripada separuh populasi di sana berada di kawasan gempa bumi. Selain itu, beberapa buah sekolah rosak sehingga menjejaskan pembelajaran kira-kira 10,000 pelajar. Gempa bumi dengan magnitud 6.5 skala Richter  yang berlaku pada jam 5.03 pagi waktu tempatan berpusat di 10km arah utara Ruleut dengan kedalaman 17 km dari aras laut. Setakat ini tiada amaran tsunami dikeluarkan.

(Kredit Gambar: Twitter)

(Kredit Gambar: Twitter)

(Kredit Gambar: Twitter)

(Kredit Gambar: Twitter)

Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan. Sebelum ini, Aceh mengalami kemusnahan teruk apabila dibadai tsunami di Lautan Hindi pada tahun 2004 yang mengorbankan lebih 100,000 nyawa.
 
 
Comments



Back to top