Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

8 Tahun Memegang Tampuk Pemerintahan, John Key Umum Perletakan Jawatan

Perdana Menteri New Zealand memaklumkan sudah sampai masanya beliau mengundurkan diri

0
comments
8 Tahun Memegang Tampuk Pemerintahan, John Key Umum Perletakan Jawatan
(Kredit Gambar: odt.co.nz)
Perdana Menteri New Zealand, John Key, mengumumkan perletakan jawatannya dalam satu sidang media mingguannya hari ini. Pengumuman mengejutkan itu disifatkan sebagai satu keputusan paling sukar dalam hidup dan mengakui masih belum mengetahui apa yang akan dilakukannya selepas ini, ujarnya seperti yang dipetik daripada CNN.  
 
Key, baru saja meraikan ulang tahun kelapan sebagai perdana menteri dan ulang tahun ke-10 sebagai pemimpin Parti Nasional mengakui keputusan ini diambil demi meluangkan masa berkualiti dengan isteri Bronagh yang dikahwini sejak 1984 dan anak-anaknya DJ Max dan Stephanie.

 
Key bersama isteri dan anak-anak.(Kredit Gambar: Stuff.co.nz)
Key terlibat dalam politik sejak tahun 2002 dan mengetuai Parti Nasional empat tahun kemudian. Pada 2008, beliau telah menafikan pentadbiran Parti Buruh dan mengambil alih jawatan tertinggi negara daripada Helen Clark untuk tempoh tiga penggal. Key dilihat sebagai pemimpin berani terutama setelah berjaya membebaskan New Zealand daripada krisis kewangan global tanpa pemotongan perbelanjaan yang drastik. Parti Nasional yang akan berhimpun minggu depan untuk memilih pengganti Key dan antara calon yang disebut-sebut bakal menduduki kerusi Key ialah Timbalan Perdana Menteri, Bill English.
 
Sementara itu Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi turut mengumumkan perletakan jawatannya setelah mengalami kekalahan dalam referendum mengenai reformasi perlembagaan. Perubahan yang cuba dibawakan Renzi menerima undian penolakan yang jelas. Kempen undian penolakan yang diketuai Five Star Movement, telah memenangi referendum itu dengan 59.5 peratus. Renzi akan menemui Presiden Sergio Mattarella untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya selepas mesyuarat terakhir Kabinet.

Matteo Renzi (Kredit Gambar: Alchetron)

 
 
 
Comments