Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Ahmad Dhani Ditahan Atas Dakwaan Terbabit Perhimpunan 'Aksi Damai 2 Disember'

Penyanyi popular itu ditahan polis di rumahnya ketika bersiap sedia menyertai perhimpunan tersebut.

0
comments
Ahmad Dhani Ditahan Atas Dakwaan Terbabit Perhimpunan 'Aksi Damai 2 Disember'
Ahmad Dhani diatahan polis berhubung dakwaan cuba menimbulkan kekacauan politik sempena perhimpunan 'Aksi Damai 2 Disember' di Jakarta, hari ini. (Gambar: Pikiran Rakyat)
Penyanyi popular, Ahmad Dhani dan adik bekas presiden Indonesia, Megawati Soekarnoputri iaitu Rachmawati Soekarnoputri antara diatahan polis berhubung dakwaan cuba menimbulkan kekacauan politik ketika perhimpunan 'Aksi Damai 2 Disember' di Jakarta, hari ini.

Ahmad Dhani yang juga calon Pilkada bertanding jawatan Pegawai Daerah (Bupati) Bekasi ditahan ketika sedang bersiap menyertai perhimpunan itu manakala Rachmawati ditahan di rumahnya.

Laporan Bernama juga menyatakan lebih 300,000 umat Islam membanjiri sekitar bandar Jakarta untuk menyertai perhimpunan yang dikenali sebagai 'Aksi Damai 2 Disember' bertujuan menggesa pihak berkuasa menahan penyandang Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama yang sedang menghadapi tuduhan menista agama.

Peserta demonstrasi terbabit termasuk wanita dan remaja berkumpul seawal 5 pagi selepas solat subuh di Masjid Istiqlal sebelum bergerak menuju ke perkarangan Monumen Nasional (Monas) untuk mendengar ceramah, berzikir dan berdoa sebelum menunaikan solat Jumaat di perkarangan tugu negara itu.


 
 
 
Comments



Back to top