Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Tuduhan Malaysia Bankrap Tidak Berasas, Dusta

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan negara ini berjaya menarik pelaburan asing atas inisiatif kerajaan dipimpin UMNO.

0
comments
Tuduhan Malaysia Bankrap Tidak Berasas, Dusta
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan segelintir pihak pembangkang sengaja tidak faham mengenai kedudukan sebuah negara yang dianggap muflis apatah lagi penarafan itu dibuat pihak sebarangan dan bukannya agensi antarabangsa. (Gambar: najibrazak.com)
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan tuduhan mengatakan Malaysia akan bankrap adalah tidak berasas dan dusta semata-mata kerana negara ini berjaya menarik pelaburan asing atas inisiatif kerajaan yang dipimpin UMNO.

Dalam Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO di Kuala Lumpur hari ini, beliau menyatakan segelintir pihak pembangkang sengaja tidak faham mengenai kedudukan sebuah negara yang dianggap muflis apatah lagi penarafan itu dibuat pihak sebarangan dan bukannya agensi antarabangsa.



Najib seperti dilaporkan Bernama berkata, kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional menonggak kemakmuran ekonomi negara antaranya dua hasil lawatan ke luar negara sebelum ini iaitu pelaburan bernilai Euro $1 bilion ketika lawatan ke Jerman dimeterai menerusi syarikat Osram dan perjanjian pelaburan bernilai hampir RM144 bilion ketika lawatan ke China yang dijangka memberi pulangan lumayan pada negara.

Beliau juga menjawab tuduhan kerajaan zalim, pilihan raya tidak telus dan menindas rakyat dengan mengatakan merujuk pada alim ulama menjelaskan mengikut hadis, seseorang pemimpin hanya dianggap zalim apabila menyuruh rakyatnya mensyirikkan Allah dan melakukan kemaksiatan serta kebatilan.
 
 
Comments



Back to top