Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Enam Penumpang Pesawat Terhempas Di Columbia Selamat

Pemain pertahanan pasukan bola sepak, Chapecoense, Alan Ruschel dilaporkan antara penumpang terselamat.

0
comments
Enam Penumpang Pesawat Terhempas Di Columbia Selamat
Bangkai pesawat dan serpihan baju yang mempunyai logo pasukan Chapecoense dari Brazil ditemui pasukan penyelamat di lokasi nahas. (Gambar: Radio Colombia - Twitter)
Nasib pemain bola sepak pasukan Chapecoense dari Brazil bersama 72 penumpang dan 9 kru kabin yang menaiki sebuah pesawat yang terhempas di Columbia jam 10.15 malam waktu tempatan masih belum diketahui tetapi laporan awal menyatakan enam penumpang terselamat.

Pasukan bola sepak bersama penumpang lain berlepas dari Lapangan Terbang Bolivia menuju Lapangan Terbang Medelin dan mereka dijadualkan menyertai perlawanan akhir Copa Sudamerica. Pemain pertahanan pasukan itu, Alan Ruschel dilaporkan antara penumpang yang terselamat, seperti dilaporkan Daily Mail.

Sementara itu, The Independent melaporkan Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan menangguhkan semua aktiviti bola sepak susulan insiden tersebut.

Pemain bola sepak pasukan Chapecoense dari Brazil antara penumpang pesawat sewa yang terhempas di Columbia. (Gambar: EPA)
 
 
 
Comments