Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Tanah Runtuh Di Serendah, 1 Penunggang Motorsikal Cedera

64 unit rumah, kenderaan dan gerai makan terjejas.

0
comments
Tanah Runtuh Di Serendah, 1 Penunggang Motorsikal Cedera
Gambar: JBPM
Kira-kira jam 1 pagi tadi penduduk di kawasan Serendah, Selangor dikejutkan dengan kejadian tanah runtuh. Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Sani Harul, berkata pihaknya yang dimaklumkan mengenai kejadian pada jam 1.02 pagi, tiba di lokasi kira-kira 16 minit kemudian. sebanyak 64 unit rumah terjejas dalam insiden tanah runtuh itu yang berlaku. kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

Gambar: Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor
 
Seorang penunggang motorsikal, Mohd Fareez, 21 telah tertimbus dalam runtuhan tersebut namun berjaya diselamatkan oleh penduduk berhampiran yang menyedari insiden terbabit. Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.
 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt R. Supramaniam berkata pihak polis sudah mengarahkan penduduk di kawasan sekitar kejadian tanah runtuh itu untuk mengosongkan rumah masing-masing manakala jalan utama di Taman Idaman telah ditutup. Pihak polis mengisytiharkan kawasan tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah di sini sebagai kawasan larangan Zon Merah.
 
Akibat dari runtuhan ini juga, 340 penduduk berpindah ke Sekolah Rendah Agama Serendah. Kesemua mereka diarahkan berpindah sebelum pukul 1.45 petang tadi. Kerjasama penduduk untuk akur dengan arahan pihak polis amat diperlukan demi keselamatan mereka. 

Di sekolah tersebut, pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memainkan peranan menyediakan makanan kepada mereka. Penduduk akan ditempatkan di sekolah ini sehingga proses baik pulih selesai.

Sumber: Astro AWANI
 
 
 
Comments



Back to top