Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Patutkah Skuad Harimau Malaysia Boikot Piala AFF Suzuki?

Tanda membantah kekejaman kerajaan Myammar terhadap masyarakat Rohingya.

0
comments
Patutkah Skuad Harimau Malaysia Boikot Piala AFF Suzuki?
Gambar: mynewshub

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada saingan Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Yangon, Myammar.

source: imgur.com

Mohd Asri berkata gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi menterinya, Khairy Jamaluddin, akan membangkitkan semula isu berkaitan gesaan supaya skuad Harimau Malaysia menarik diri daripada saingan Piala AFF Suzuki di Yangon, Myanmar dalam mesyuarat Kabinet minggu ini.

"Saya telah bangkitkan isu ini di (mesyuarat) Kabinet minggu lalu. Akan berbuat demikian semula minggu ini," tulisnya di Twitter.

Malah, beliau memberi jaminan bahawa isu itu akan dibangkitkan semula pada minggu ini. Bagaimanapun, Khairy berkata pendirian KBS mengenai gesaan itu hanya akan diputuskan mengikut keputusan sebulat suara dalam Kabinet.

Terdahulu, laporan media antarabangsa melaporkan beribu-ribu penduduk Rohingya di Rakhine, berdekatan dengan sempadan Bangladesh, meninggalkan kampung halaman mereka bagi mengelak menjadi mangsa kekejaman yang didakwa dilakukan pasukan keselamatan Myanmar.

Pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar Ahad lalu, Malaysia menang 3-2 ke atas Kemboja.

Skuad Harimau Malaysia akan turun menentang pasukan Vietnam pada aksi kedua kumpulan pada petang Rabu.

 
 
Comments



Back to top