Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Yuna Digigit Labah-Labah, Bukan Love Bite

Digigit ketika menjayakan konsert di Amerika Syarikat.

0
comments
Yuna Digigit Labah-Labah, Bukan Love Bite
Gambar: Mstar
Baru-baru ini tersebar sekeping foto kontroversi Yuna dengan kesan lebam seolah-olah kesan 'love bite’ pada lehernya dan menjadi buah mulut netizen.
 
Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 30, menjelaskan bahawa kesan lebam tersebut merupakan kesan gigitan labah-labah.
 
Kejadian itu berlaku apabila dia sedang tidur ketika menjayakan konsert jelajahnya di Alabama, Amerika Syarikat kira-kira lima minggu yang lalu. Kesan lebam itu timbul kerana alahan pada kulitnya setelah digigit binatang berkenaan.
 
Memetik laporan Mstar, Yuna memberitahu bahawa kesan itu bukan sahaja terdapat di lehernya, malah turut terkena kawasan wajah dan tangan. Akibat dari kesan itu, dia mengalami gatal-gatal selama seminggu selepas mendapatkan rawatan.
 
 
 
Comments



Back to top