Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Gadis Poster Shell Minta Maaf Gambarnya Mengejutkan

Kami maafkan awak, Shafila.

0
comments
Gadis Poster Shell Minta Maaf Gambarnya Mengejutkan
Gambar: Twitter

Kalau anda pernah mengisi minyak di stesen minyak Shell, mesti pernah terlihat poster gadis yang menghulurkan air mineral ini.

Kami sendiri pun pernah terkejut bila mengisi minyak di stesen Shell pada jam 11 malam selepas terlihat poster gadis ini.

Menurut gadis tersebut, Nor Shafila Khairusalleh, 25, dia tidak menyangka gambar tersebut menjadi viral di laman sosial. 

Menurut Shafila lagi, gambar itu diambil selepas dia menyertai satu pertandingan membabitkan staf servis di stesen minyak Shell di seluruh Malaysia. Memetik laporan Harian Metro, “Ketika itu saya dipilih untuk menjalani penggambaran dan rakaman video untuk jadi penghias muka depan ‘Training Pack’ staf servis. Berikutan itu, pada September lalu saya dipanggil oleh pihak Shell untuk menjalani satu penggambaran iklan mempromosikan kempen penebusan mata ganjaran BonusLink”.

Shafila tidak ambil serius cakap orang malah memohon maaf gambarnya mengejutkan ramai orang. Dia juga berharap gambar itu sedikit sebanyak dapat membantu mempromosikan lagi produk Shell.

Di laman sosial, poster ini dijadikan bahan lawak dan ramai juga yang terkejut sebenarnya, bukan kami sahaja.
 

 
 
Comments