Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Faiz Subri Menentang Neymar Dan Lionel Messi Bagi Merebut Gol Terbaik

Gol yang dikatakan melawan hukum fizik ini sama seperti gol Roberto Carlos.

0
comments
Faiz Subri Menentang Neymar Dan Lionel Messi Bagi Merebut Gol Terbaik
Gambar: www.straitstimes.com
Malaysia boleh apabila pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berada dalam senarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, sekaligus berada dalam senarai 10 pemain bola sepak yang tercalon untuk anugerah yang diiktiraf gol terbaik sepanjang tahun.

Jaringan yang dikatakan melawan hukum fizik ini terhasil melalui sepakan percuma yang dilakukan Faiz Subri dari jarak 35 meter melencong masuk terus ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang di Stadium Bandaraya Februari lalu. 


Kami juga pernah bertanyakan respon bekas pemain terkenal dunia Fernando Morientes tentang jaringan Faiz Subri ini, beliau seolah tidak percaya dan berkata "It's not true, fake".


Undian untuk mengundi pemenang bagi anugerah ini telah bermula semalam hingga 2 Disember ini. Tiga gol dengan undian tertinggi akan diumumkan kelak kemudian tiga gol terpilih ini akan berentap sebelum pemenang akan diumumkan pada anugerah The Best FIFA Football pada 9 Januari 2017. Semoga berjaya kepada Faiz Subri dan ayuh Malaysia letakkan gol Faiz Subri ini tersenarai dalam tiga yang terbaik dengan mengundi di sini sekarang.


Selain Faiz, ini merupakan calon-calon lain bagi Anugerah Puskas 2016:
 

  1. Mario Gaspar (Sepanyol) - 13.11.2015, Spain V England, persahabatan antarabangsa
  2. Hlompho Kekana (Afrika Selatan) - 26.03.2016, Cameroon V South Africa, Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
  3. Marlone (Brazil) - 21.04.2016, Corinthians V Cobresal, Copa Libertadores
  4. Lionel Messi (Argentina) - 21.06.2016, USA V Argentina, Separuh akhir Copa América Centenario
  5. Neymar (Brazil) - 08.11.2015, Barcelona V Villarreal, La Liga
  6. Saúl Ñíguez (Sepanyol) - 27.04.2016, Atlético Madrid V Bayern Munich, Liga Juara-Juara Eropah
  7. Hal Robson-Kanu (Wales) - 01.07.2016, Wales V Belgium, EURO 2016
  8. Daniuska Rodríguez (Venezuela) - 14.03.2016, Venezuela V Colombia, Kejohanan Bola sepak Wanita B-17 Amerika Selatan
  9. Simon Skrabb (Finland) - 31.10.2015, Gefle V Åtvidaberg, Liga Allsvenskan, Sweden
  10. Mohd Faiz Subri (Malaysia) - 16.02.2016, Penang V. Pahang, Liga Super Malaysia

 
 
 
Comments



Back to top