Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pelajar Cemerlang UPSR Hidap Kanser Kelenjar Meninggal Dunia

Dia mengalami penyusutan berat badan secara mendadak serta hilang selera makan.

0
comments
Pelajar Cemerlang UPSR Hidap Kanser Kelenjar Meninggal Dunia
Gambar: BH
Wan Adibah Farhani Wan Mazlan, pelajar yang memperoleh 6A dalam ujian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini telah meninggal dunia pagi tadi setelah menderita kanser kalenjar. 

Menurut laporan BH, bapanya, Wan Mazlan Wan Hassan, 50, yang merupakan Penolong Kanan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Raja berkata anaknya itu menghembus nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kira-kira jam 4 pagi tadi.

source: imgur.com
Gambar: BH

Menurut bapanya lagi, dia dimasukkan ke HUSM sejak 4 September lalu apabila mengalami penyusutan berat badan secara mendadak serta hilang selera makan. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, adik Wan Adibah tidak menunjukkan apa-apa perubahan, hanya menitiskan air mata kerana menahan kesakitan yang dialami.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Besar Pasir Mas hari ini.
Terdahulu, Allahyarham Wan Adibah menjadi perhatian umum ketika hari pengumuman keputusan UPSR pada Khamis lalu. 
 
 
 
Comments