Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Lin Dan Mengaku Ada Hubungan Sulit Ketika Isterinya Hamil

Klip video mereka berpelukan di hotel tersebar.

0
comments
Lin Dan Mengaku Ada Hubungan Sulit Ketika Isterinya Hamil
Gambar: www.bharian.com.my
Pemain badminton handalan China, Lin Dan, mengejutkan peminat sukan badminton dunia apabila mengakui berlaku curang ketika isterinya hamil.

Gambar dan klip video mesra Lin Dan bersama seorang wanita telah tersebar di laman sosial Weibo, semalam. Turut kelihatan sebuah klip video menunjukkan mereka berpelukan di dalam bilik sebuah hotel.


Menurut laporan Berita Harian, Gambar itu dimuat naik oleh 'Detective Zhao', penulis popular dalam Weibo mengenai gosip selebriti, yang mendakwa ia diambil pada Oktober lalu. Wanita dalam gambar berkenaan dikenal pasti adalah Zhao Yaqi, seorang model dan artis di China.

Gambar: Berita Harian
Lin Dan telah memohon maaf dalam laman sosial Weibo dan berkata: "Sebagai seorang lelaki, saya tidak mahu memberikan sebarang alasan tetapi tindakan saya sudah melukakan hati keluarga saya. "Saya memohon maaf kepada mereka semua di sini."

Isteri Lin Dan, Xie Xingfang, yang juga bekas bintang badminton melahirkan bayi lelaki sulung mereka di Beijing pada 5 November lalu. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2012.

source: imgur.com
Gambar: forum.china.org.cn
 
 
Comments



Back to top