Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Jalan Raya Runtuh Siap Dibaiki Dalam Masa 2 Hari!

Pekerja di Jepun amat cekap dan efisien.

0
comments
Jalan Raya Runtuh Siap Dibaiki Dalam Masa 2 Hari!
Gambar: AP
Sebatang jalan raya di tengah-tengah pusat bandar Fukuoka, Jepun yang runtuh dan berlubang telah siap dibaiki dalam masa dua hari dan telah dibuka semula. Menurut media Jepun, pekerja jalan raya bekerja keras ditambah dengan mutu kerja yang efisien, jalan tersebut siap dibaiki dalam masa dua hari sahaja.



Kejadian tanah runtuh itu berlaku pada 8 November dan ia siap dibaiki dan dibuka semula pada Selasa jam 5 pagi waktu Jepun.

Jalan tersebut telah dibuka semula kepada lalu lintas dan pejalan kaki pada awal pagi selasa selepas pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan jalan raya itu selamat dibaiki. Lubang berkeluasan 30 meter dengan kedalaman 15 meter ini telah ditimbus dengan 6,200 meter padu pasir dan simen. Lampu isyarat di jalan raya itu juga diganti.
 
Runtuhan pada 8 November ini berlaku pada jam 5 pagi dan telah menyebabkan lubang besar di tengah jalan, bekalan elektrik terputus, gangguan signal telefon dan masalah bekalan air namun tiada sebarang kemalangan dan kecederaan dilaporkan. Jalan ini terletak berdekatan dengan sebuah stesen keretapi dan dikhuatiri akan meruntuhkan bangunan berhampiran.

source: imgur.com
Gambar: Reuters
 
Kecekapan pekerja-pekerja membaiki jalan raya tersebut mendapat pujian daripada netizen.
 
 
Comments



Back to top