Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Penantian Fenomena Supermoon Selepas 68 Tahun

Masyarakat di seluruh dunia berpeluang menyaksikan fenomena luar biasa itu.

0
comments
Penantian Fenomena Supermoon Selepas 68 Tahun
Antara foto menarik mengenai fenomena Supermoon yang dirakam di Jerman, Putrajaya dan Beijing. (Gambar: AFP)
Fenomena Supermoon atau nama saintifiknya, Lunar Perigee yang berlaku pada malam semalam menarik perhatian masyarakat di seluruh dunia untuk melihat lebih jelas bulan penuh dengan 14 peratus lebih besar manakala 30 peratus lebih cerah.

Meskipun banyak kawasan di Malaysia tidak jelas melihat fenomena tersebut kerana diseliputi awan tetapi ia masih kelihatan di beberapa tempat lain seperti Putrajaya. Fenomena ini suatu yang mengujakan orang ramai kerana ia kali terakhir dilihat pada tahun 1948.

Difahamkan, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menyatakan kedudukan bulan penuh ini paling hampir dengan bumi pada jam 7.24 malam dan penuh sepenuhnya jam 9.54 malam tadi. Selepas malam tadi, ia dijangka berlaku pada 18 tahun akan datang. Berikut beberapa gambar menarik Supermoon yang berlaku di seluruh dunia.

Permandangan Supermoon di Baikonur, Kazakhstan (Gambar: EPA)
 
Fenomena Supermoon juga kelihatan berdekatan Menara Olimpik Beijing. (Gambar: Imaginechina/REX/Shutterstock)

Bandaraya New York disinari keindahan Supermoon. (Gambar: New York City Alerts - Twitter)

Senario Supermoon di Morgantown, West Virginia.(Gambar: Tailpipes Burgers - Twitter)

Penduduk di Colorado berpeluang melihat fenomena Supermoon lebih dekat. (Gambar: Forrest Boutin - Twitter)

Fenomena Supermoon kelihatan di Stesen Angkasa Lepas Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA).(Gambar: NASA)
 
 
 
Comments



Back to top