Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

1,200 Pelajar Malaysia Di Christchurch, New Zealand Selamat

Gegaran susulan boleh berlaku pada bila-bila masa.

0
comments
1,200 Pelajar Malaysia Di Christchurch, New Zealand Selamat
Gambar: Canterbury
Susulan daripada kejadian gempa bumi dan Tsunami yang berlaku di South Island, 92km timur laut bandar Christchurch sehingga mengorbankan dua nyawa setakat ini, dilaporkan kesemua 1,200 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di lapan universiti di Christchurch, New Zealand berada dalam keadaan selamat.

Di dalam kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh menerusi Bernama berkata, Pejabat Education Malaysia dan Kedutaan Besar Malaysia di New Zealand telah menghubungi kesemua wakil pelajar yang menuntut di lapan universiti itu selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Pihak Education Malaysia di New Zealand turut mengambil langkah menasihati pelajar Malaysia agar sentiasa peka dan berjaga-jaga serta mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh Pertahanan Awam New Zealand.

Kejadian gempa pada jam 7.02 pagi waktu Malaysia tadi berskala 7.8 pada skala Richter mengejutkan seluruh dunia. Ia kemudiannya disusuli dengan gempa kedua berukuran 6.5 pada skala Ritcher pada jam 8.34 pagi tadi.
 
 
Comments