Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Tsunami Dan Gempa Bumi Ancam New Zealand, Dua Maut

Kawasan gempa bumi terletak 7,589km tenggara Semporna Sabah.

0
comments
Tsunami Dan Gempa Bumi Ancam New Zealand, Dua Maut
Gambar: ABC
New Zealand dilanda gempa bumi kuat berskala 7.8 magnitud awal pagi tadi sehingga menyebabkan dua orang maut. Kawasan terjejas, South Island terletak 92km timur laut bandar Christchurch

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berlaku pada  jam 7.02 pagi waktu Malaysia. 
  Dua gelombang Tsunami telah dikesan dimana gelombang pertama telah berlaku pada 9 malam tadi waktu Malaysia. 

Satu amaran telah dikeluarkan menunjukkan ketinggian Tsunami mencecah antara tiga hingga lima meter. 

Walaupun kawasan gempa bumi itu terletak 7,589km tenggara Semporna di Sabah, kejadian itu tidak membawa kepada ancaman tsunami ke Malaysia.

Media New Zealand melaporkan Tsunami melanda timur laut pantai negara itu kira-kira dua jam kemudian dan aktiviti tsunami akan berterusan untuk beberapa jam lagi. Penduduk di kawasan yang terlibat diminta berpindah ke kawasan tanah tinggi
 
 
 
Comments