Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Goh V Shem, Tan Wee Kiong Kini Beregu Badminton Nombor Satu Dunia

Kedudukan terkini pemain beregu negara itu diputuskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.

0
comments
Goh V Shem, Tan Wee Kiong Kini Beregu Badminton Nombor Satu Dunia
Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong menduduki kedudukan beregu nombor satu dunia dengan 71,297 mata. (Gambar: The Star)
Kejayaan Datuk Lee Chong Wei sebagai jaguh badminton nombor satu dunia kategori perseorangan selama ini memang cukup membanggakan rakyat negara ini apatah lagi nama Malaysia mahsyur di persada dunia. Begitu juga, berita gembira dikongsi bersama rakyat negara ini apabila dua pemain beregu lelaki negara iaitu Goh V Shem dan Tan Wee Kiong kini bergelar beregu nombor satu dunia.

Kedudukan terkini kedua pemain beregu negara itu yang pernah mencatat kejayaan meraih pingat perak pada kejohanan sukan Olimpik Rio 2016 diputuskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam selepas mengumpul 71,297 mata.

Sementara itu, pasangan beregu China, Chai Biao dan Hong Wei di tempat kedua dengan jumlah 70,220 mata diikuti tempat ketiga, pasangan beregu Denmark Mathias Boe dan Carsten Mogensen dengan 67,534 mata, seperti dilaporkan Kosmo!. Pasangan beregu negara itu menjuarai Terbuka Denmark baru-baru ini sekaligus mengatasi pasangan beregu Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.

Merujuk laman sesawang BWF juga, Chong Wei masih kekal sebagai juara nombor satu dunia menerusi 93,503 mata manakala beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying meraih 67,060 mata di tempat keempat dunia.
 
 
 
Comments



Back to top