Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Demonstrasi #NotMyPresident Protes Donald Trump Sebagai Presiden Amerika Syarikat

Kelompok aktivis anti Trump melancarkan protes mengkritik isu perkauman, sexisme dan xenophobia.

0
comments
Demonstrasi #NotMyPresident Protes Donald Trump Sebagai Presiden Amerika Syarikat
Peserta demonstrasi berarak di bandar New York menyatakan protes terhadap Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang baru. (Gambar: EPA)
Kurang 24 jam taikun hartanah, Donald Trump meraikan kemenangannya sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 yang baru, sebahagian rakyat negara itu sudah mula menunjukkan tanda protes mereka terhadap Trump menerusi demonstrasi di jalanan termasuk di hadapan bangunan Trump Tower.

Kelompok aktivis anti Trump ini melancarkan protes dengan mengkritik isu perkauman, sexisme yang merujuk sikap prejudis atau diskriminasi terhadap wanita dan xenophobia iaitu ketakutan pada penduduk dari negara luar yang dikatakan berlaku pada presiden baru itu.

Demonstrasi yang berlaku ini adalah diluar jangkaan Trump sendiri selepas menang dalam pilihan raya yang diundi rakyat negara itu sendiri seperti mana dilaporkan The Guardian. Beratus peserta demonstrasi ini berkumpul di atas jalan sehingga ke kawasan bangunan-bangunan milik Trump di sekitar bandar di negara itu termasuk New York City, Chicago dan San Francisco.

Di tengah bandar Manhattan, kumpulan aktivis ini bergerak ke Sixth Avenue sebelum berkumpul di hadapan Trump Tower ketika ini. Pelbagai sepanduk turut dibawa mereka antaranya, "Not my president" dan "She got more votes" merujuk pada calon Demokrat, Hillary Clinton yang menang undi popular meskipun kalah undian 'electoral college' atau daerah pemilih. (Baca lagi: Taikun Donald Trump Menang Presiden Amerika Syarikat dan Kejayaan Luar Biasa Donald Trump Menang Presiden Amerika Syarikat)

Sementara itu, beribu peserta demonstrasi juga berkumpul di Chicago menyatakan sokongan pada Clinton. Mereka meluahkan perasaan kecewa atas keputusan pilihan raya itu yang memihak pada Trump sambil meletakkan 'hashtag' #NotMyPresident dan demonstrasi sama juga berlaku di kawasan lain seperti Pennsylvania, Arizona, Oregon, Seattle dan Oakland. 
 
 
Comments