Rojak Daily Logo

Bayar Lebih Jika Anda Menginap di Langkawi

0
comments
Bayar Lebih Jika Anda Menginap di Langkawi
Bagi anda yang ingin melancong ke Pulau Langkawi, bermula 1 Julai ini kerajaan negeri Kedah akan mengenakan caj penginapan bagi pelancong yang menginap di Langkawi.
 
Gambar: Four Seasons Langkawi

RM1 akan dikenakan ke atas setiap malam bagi penginapan bertaraf satu dan dua bintang, RM3 untuk penginapan bertaraf tiga dan empat bintang, RM5 untuk penginapan bertaraf lima bintang, RM7 untuk yang bertaraf enam bintang dan RM9 untuk penginapan bertaraf tujuh bintang. 

Caj yang dikenali sebagai Bayaran Penggalakan Pelancongan Langkawi tersebut akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Raya Pelancongan (MPLBP). Bayaran ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi pendapatan kerajaan negeri Kedah untuk memajukan industri pelancongan. Pastinya anda mampu untuk membayar caj-caj ini dan jika tidak, masih ada waktu untuk anda menukar hotel. 

 
 
Comments