Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Taikun Donald Trump Menang Presiden Amerika Syarikat

Calon berusia 70 tahun itu mengatasi pencabarnya, Hillary Clinton dengan 276 undi daerah pemilih.

0
comments
Taikun Donald Trump Menang Presiden Amerika Syarikat
Donald Trump meraih 276 undi 'electoral college' atau daerah pemilih menewaskan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton dengan perbezaan 58 undi. (Gambar: huffingtonpost)
Majoriti rakyat Amerika Syarikat memilih calon Parti Republikan, Donald Trump sebagai Presiden baru selepas calon itu memenangi pilihan raya negara itu sebentar tadi.

Kejayaan Trump meraih 276 undi 'electoral college' atau daerah pemilih menewaskan calon Parti Demokrat, Hillary Clinton dengan perbezaan 58 undi sekadar menyaksikan pencabarnya itu hanya mendapat 218 undi.

Taikun hartanah dari Manhattan itu menang di kawasan daerah pemilih di Utah, Alabama, Kentucky, South Carolina, Nebraska, Indiana, West Virginia, Mississippi, Tennessee, Oklahoma, Texas, Georgia, Missouri, Montana, Louisiana, Arkansas, Kansas, North Dakota, South Dakota, Idaho, Wyoming, Florida, Ohio, Iowa, North Carolina dan Pennsylvania.

Calon parti Demokrat pula menang di California, Oregon, New York, New Jersey, Connecticut, Massachusetts, Maryland, Vermont, Delaware, Illinois, Rhode Island, Hawaii, Washington, New Mexico, Colorado dan Virginia.
 
 
Comments



Back to top