Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Penunjuk Perasaan Aman Bertukar Kecoh

Seramai 50,000 peserta penunjuk perasaan berkumpul di sekitar bandar Jakarta, kelmarin.

0
comments
Penunjuk Perasaan Aman Bertukar Kecoh
Seorang warga emas meninggal dunia manakala 160 penunjuk perasaan lain dan 90 anggota polis serta tentera cedera dalam demonstrasi di sekitar bandar Jakarta, kelmarin. (Gambar: Getty Images)
Seramai 50,000 penunjuk perasaan berkumpul di kawasan sekitar bandar Jakarta kelmarin, sebagai membantah kenyataan yang dibuat Gabenor, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok yang didakwa menghina Islam.

Acara demonstrasi yang berlaku secara aman pada mulanya bertukar menjadi kecoh selepas penunjuk perasaan merempuh halangan polis yang menjaga kawasan kediaman Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi.

Jurucakap polis menyatakan seorang warga emas meninggal dunia dalam kejadian itu akibat serangan asma manakala 160 penunjuk perasaan lain cedera termasuk empat mangsa dikejarkan ke hospital dipercayai terkena serangan gas pemedih mata serta lebih 90 anggota polis dan tentera cedera, seperti dilaporkan The Independent.

Penunjuk perasaan berarak mengadakan demonstrasi di sekitar bandar Jakarta.

Jokowi yang sepatutnya berkunjung ke Australia pada 6 sehingga 8 November ini terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas berlaku tunjuk perasaan berkenaan.

Sementara itu, New Straits Times melaporkan Kedutaan Malaysia di Jakarta mengesahkan laporan mengenai serangan bom di sana adalah palsu. Khabar angin mengenai serangan bom yang ditujukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta dikongsi pengguna di media sosial termasuk menerusi WhatsApp.
 
 
 
 
Comments