Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Jack Ma Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia

Pelantikan Jack Ma itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Beijing, hari ini.

0
comments
Jack Ma Dilantik Sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan Jack Ma akan menasihat dan membantu dalam menerokai, memajukan dan menentu hala tuju masa depan Malaysia dalam sektor ekonomi digital. (Gambar: Bernama)
Pasaran ekonomi digital negara dan antarabangsa terus menjadi fokus pada kerajaan Malaysia dalam memacu ekonomi negara ke arah pembangunan lebih mampan.

Sejajar dalam mencapai matlamat itu, Pengerusi Eksekutif Alibaba dan usahawan Internet terkenal dan berpengalaman, Jack Ma dilantik sebagai penasihat ekonomi digital kepada kerajaan Malaysia.

Pelantikan Jack Ma itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada majlis Pelancaran Pavilion Alitrip Malaysia Tourism di China World Hotel, Beijing, hari ini.

Menurut Najib, beliau tidak sabar untuk berkongsi berita gembira mengenai perkara itu apabila Jack Ma sudah menerima pelawaan untuk menjadi penasihat kepada Kerajaan Malaysia mengenai ekonomi digital.

"Beliau akan menasihatkan kita dan membantu dalam menerokai, memajukan dan menentu hala tuju masa depan kita dalam sektor ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Tambahnya, usahawan itu juga bersetuju menyertai Forum Transformasi Global Malaysia pada persidangan e-Free Trade Zone, Mac tahun depan. Najib juga mengatakan Malaysia berusaha pantas untuk menjadikan ekonomi digital sebagai satu kenyataan.
 
 
Comments



Back to top