Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Simpanan Mencukupi Menerusi Akaun Emas KWSP

Akaun simpanan persaraan kedua akan diperkenalkan bermula 1 Januari 2017.

0
comments
Simpanan Mencukupi Menerusi Akaun Emas KWSP
KWSP menyatakan purata rakyat Malaysia pada masa ini masih bekerja selepas usia 55 tahun sebelum mencapai usia persaraan minimum 60 tahun. (Gambar: solusi)
Akaun simpanan persaraan kedua untuk ahli berusia 55 tahun ke atas akan diperkenalkan bermula 1 Januari 2017 untuk memastikan pencarum mempunyai simpanan mencukupi apabila mencapai usia 60 tahun.

Pengenalan akaun simpanan baru itu yang dikenali Akaun Emas diwujudkan sebagai inisiatif di bawah penambahbaikan skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merujuk Akta KWSP 1991 yang mana semua caruman baru diterima selepas usia 55 tahun secara automatik dimasukkan ke dalam Akaun Emas dan hanya boleh dikeluarkan selepas ahli berusia 60 tahun.

KWSP menyatakan purata rakyat Malaysia pada masa ini masih bekerja selepas usia 55 tahun sebelum mencapai usia persaraan minimum 60 tahun. Tujuan Akaun Emas ini diwujudkan juga untuk memelihara simpanan ahli dari usia 55 sehingga 60 tahun.

Penambahan simpanan dalam jangkamasa lima tahun ini dijangka akan memberi manfaat kepada ahli apabila mereka bersara.Dalam pada itu, KWSP memberi jaminan pengeluaran caruman pada usia 55 tahun adalah kekal dan ahli berumur 55 tahun ke atas masih boleh membuat pengeluaran ke atas baki simpanan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, Akaun Emas tidak menjejaskan skim semasa kerana ahli diberi pilihan untuk membuat pengeluaran penuh atau sebahagian apabila mencapai umur 55 tahun.

“Ia bermakna, pencarum yang berusia lebih 55 tahun akan mempunyai dua akaun dengan kedua-duanya akan menerima dividen yang sama. Simpanan dalam akaun semasa yang boleh dikeluarkan ketika usia 55 tahun atau digelar Akaun 55 masih boleh dikeluarkan pada bila-bila masa manakala, simpanan dalam Akaun Emas tidak boleh dikeluarkan sehingga usia 60 tahun,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Selain inisiatif Akaun Emas dan Akaun 55, KWSP juga melanjutkan had pengkreditan dividen dari umur 75 sehingga 100 tahun.

 
 
 
Comments