Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Kenaikan Kadar Bayaran Tol 17 Lebuh Raya Cetus Panik Pengguna

Maklumat itu menjadi viral di media sosial.

0
comments
Kenaikan Kadar Bayaran Tol  17 Lebuh Raya Cetus Panik Pengguna
Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia menjelaskan maklumat yang menjadi viral itu adalah berita yang dikitar semula. (Gambar: Ismaweb)
Maklumat mengenai kenaikan kadar bayaran tol membabitkan 17 lebuh raya utama di sekitar Lembah Klang mencetuskan panik dalam kalangan pengguna apabila ia menjadi viral di media sosial baru-baru ini.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi menjelaskan maklumat tersebut yang kononnya akan berkuatkuasa pada 16 November ini sebenarnya palsu dan ia adalah berita yang dikitar semula.

“Berita tersebut mengatakan kadar tol akan naik pada Isnin, 16 November ini sedangkan tarikh itu jatuh pada hari Rabu. Kementerian Kerja Raya telah memaklumkan kenyataan mengenai perkara itu sebelum ini. Saya mewakili persatuan ingin menjelaskan sekali lagi bahawa perkara itu tidak benar,” katanya seperti dilaporkan Utusan Online.
 
 
Comments



Back to top