Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Malaysia Capai Sejarah Terbesar Bersama China

Sebanyak 14 pertukaran perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU).

0
comments
Malaysia Capai Sejarah Terbesar Bersama China
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri China, Li Keqiang di Beijing, China. (Gambar: Reuters)

Kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke China kali ini menyaksikan hubungan dua hala antara kedua negara semakin kukuh apabila 14 pertukaran perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) membabitkan perniagaan (B2B) RM144 bilion dimeterai. 

“Ini jumlah terbesar yang pernah kita lakukan menjadikan sebagai satu pencapaian bersejarah.

“Lawatan juga dianggap bersejarah berikutan keputusan kerajaan melalui Kementerian Pertahanan dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membeli empat kapal daripada syarikat China,” katanya kepada media Malaysia selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri China Li Keqiang di Great Hall of the People di Beijing, China, semalam, seperti dilaporkan Harian Metro.

Menurutnya, pembinaan kapal tersebut membabitkan syarikat dari China dan Malaysia siap dalam tempoh dua tahun di mana dua unit akan dibina di China manakala bakinya di Malaysia.

Sementara itu, Najib menyatakan kampus Universiti Xiamen menjadi universiti pertama China dibina di luar negara itu di Malaysia dijangka siap suku pertama tahun depan menampung 5,000 pelajar.

“Ini bererti buat kali pertama universiti awam China dibenarkan buka kampus cawangan di luar negara dan Malaysia dipilih sebagai tuan rumah. Ini satu perkembangan bersejarah,” katanya.

Najjb juga membincangkan beberapa perkara kepada Perdana Menteri China, Li Keqiang, Malaysia meluluskan penubuhan cawangan China Construction Bank di Malaysia dan kontrak pembinaan landasan berkembar dari Gemas ke Johor Bahru diberikan kepada syarikat China bernilai RM8.9 bilion.

 
 
Comments



Back to top