Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Bekalan Air Empat Daerah Kembali Pulih, SYABAS Tangani Pencemaran Bau

SYABAS menyatakan penghargaan pada orang ramai yang bersabar melalui gangguan bekalan air.

0
comments
Bekalan Air Empat Daerah Kembali Pulih, SYABAS Tangani Pencemaran Bau
Empat daerah mengalami gangguan bekalan air apabila loji rawatan Semenyih terpaksa ditutup kerana pencemaran bau di Sungai Buah. (Gambar: The Star dan Kosmo!)
Bekalan air di semua kawasan di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat yang terjejas dengan gangguan air kini pulih sepenuhnya.

Ketua Komunikasi Korporat, Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata dalam satu kenyataan hari ini, pihaknya mengucap penghargaan kepada semua pengguna di kawasan terjejas tersebut atas kesabaran dan memberi kerjasama ketika berdepan cabaran gangguan bekalan air serta semua pihak yang bertungkus lumus membantu SYABAS dalam menangani pencemaran bau ini.

SYABAS sebelum ini menyatakan kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan air apabila loji rawatan Semenyih terpaksa ditutup kerana pencemaran bau di Sungai Buah. Penutupan logi dibuat pada 23 Oktober lalu sebelum SYABAS bertindak menghantar bekalan air bantuan yang diuruskan menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas dan premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.
 
 
Comments



Back to top