Rojak Daily Logo

Kenapa Majalah GQ Ambil Lelaki ini Kerja Tanpa Perlu Ditemuduga?

0
comments
Kenapa Majalah GQ Ambil Lelaki ini Kerja Tanpa Perlu Ditemuduga?

Kekuatan sesuatu resume menjadi penyumbang kepada ‘minatnya’ sesebuah syarikat itu terhadap anda sehingga memanggil anda untuk ditemuduga.

Bagi jejaka yang berasal dari Bangalore ini, Sumukh Mehta telah mengeluarkan satu idea yang cukup bernas bagi meletakkan resume di satu tahap yang berbeza sehingga berjaya menarik minat Dylan Jones, Editor-In-Chief majalah fesyen lelaki terkemuka, GQ, seterusnya ditawarkan kerja di pejabat GQ di London tanpa perlu ditemuduga!

Apa yang membuatkan resume Mehta begitu berbeza? Dia telah membuat resumenya seakan-akan majalah itu dengan 20 muka surat. Istimewanya lagi, dia turut menampilkan dirinya sebagai cover majalah. Dia mengambil masa tiga minggu untuk menyiapkan resume ‘majalahnya' termasuklah sesi fotografi, rekaan grafik serta penulisan. Apa yang begitu hebat sehingga dia tidak perlu ditemuduga, jom baca resumenya. Muka surat last paling epik, Hire Me!

 
 
Comments