Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Enam Maut Kebakaran ICU Hospital Sultanah Aminah

Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua unit rawatan rapi selatan hospital berkenaan pagi ini.

0
comments
Enam Maut Kebakaran ICU Hospital Sultanah Aminah
Gambar: Bernama
Enam pesakit iaitu empat perempuan dan dua lelaki maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua unit rawatan rapi (ICU) selatan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.

"Di ICU itu ada tujuh mangsa yang memang agak kritikal keadaannya yang difahamkan oleh doktor mereka terpaksa menggunakan bantuan pernafasan dalam keadaan normal jadi pesakit-pesakit itu tidak boleh dipindahkan sekiranya tiada katil sekali," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Dalam pada itu, Othman menyatakan kebakaran tidak merebak ke tempat lain.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata lima mayat dijumpai kira 11.15 pagi manakala seorang lagi sebentar tadi. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang maklumat yang tidak sahih mengenai kejadian itu. 
 
 
Comments