CLOSE
CLOSE

Bajet 2017: Jumlah Pemberian BRIM Dinaikkan Pada Tahun 2017

Program BR1M ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.


  • Share:

Bajet 2017: Jumlah Pemberian BRIM Dinaikkan Pada Tahun 2017
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan program BRIM mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada penerima. (Gambar: bajet)
Kerajaan meneruskan usaha membantu rakyat berpendapatan rendah menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia atau (BR1M) yang mendapat sambutan dan maklum balas positif daripada penerima.

Pada ucapan Bajet 2017 hari ini juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kadar BR1M dinaikkan pada tahun hadapan. Pemberian BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.

"Kedua, BR1M kepada isirumah berpendapatan RM3,000 sehingga RM4,000 akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 dan individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

"Tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas. Keseluruhan program BR1M ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion," katanya.

Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, beliau juga menyatakan kerajaan menyediakan peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.

"Untuk membantu golongan pesawah padi pula, kerajaan memperuntukkan RM1.3 bilion untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi, termasuk padi bukit. Sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang berdaftar, kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk pelaksanaan pembelian ‘harga lantai’.

"Sebagai langkah tambahan, bajet ini juga mengumumkan, kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi 3 bulan pada November, Disember dan Januari memanfaatkan 440,000 pekebun kecil dan penoreh getah. Selanjutnya, bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200 sehingga RM300 sebulan akan diteruskan," katanya.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top