Rojak Daily Logo

Sepahtu Ada Lagu Raya, Raya Sedondon

0
comments
Sepahtu Ada Lagu Raya, Raya Sedondon
Sepahtu yang dianggotai oleh Jepp, Shuib dan Rahim kini muncul dengan single lagu raya terbaharu mereka, "Raya Sedondon". Menariknya lagi, lagu ini dicipta dan diterbitkan oleh Dato M. Nasir dan liriknya ditulis oleh Ilya Buang dari kumpulan Senario. 
 

Lagu "Raya Sedondon" ini diterbitkan sepenuhnya oleh Luncai Emas Sdn Bhd dengan kerjasama radio Sinar FM sebagai bahan pengisian baru ke pasaran umum. Lagu berentak catchy ini telah dilancarkan pada hari Isnin menerusi live on air dan turut berada di konti Sinar FM adalah pencipta lagu tersebut, Dato’ M. Nasir sendiri.



Sepahtu yang juga penyampai Radio Sinar FM telah dicungkil bakat mereka oleh pihak Astro menerusi pertandingan Raja Lawak sehingga menjadi juara dan dikenali dengan nama Sepah. Kemudian menukar nama kumpulan kepada Sepahtu apabila salah seorang anggota asal iaitu Mamat berundur dan digantikan oleh Ilya Buang sebelum Rahim mengambil alih. Sepahtu turut menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2013.

Sepahtu bukan sahaja memiliki bakat lawak tersendiri malah mutu vokal mereka agak baik dan ini telah menambat hati produser Dato’ M. Nasir untuk membawa mereka bernaung di bawah label Luncai Emas. Dengarkan lagu raya Sepahtu berjudul "Raya Sedondon" yang pastinya akan memeriahkan lagi raya anda. 

 
 
Comments