Rojak Daily Logo

Jangan Tukar Nama KLIA2 Kepada LCCT2

0
comments
Jangan Tukar Nama KLIA2 Kepada LCCT2
Nama Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) tidak akan ditukar kepada LCCT2 berikutan ia telah didaftarkan dalam Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) sebagai sebahagian daripada kod rasmi KLIA iaitu ‘KUL’ dan telah digunakan sejak penubuhannya dua tahun lalu.
 
Gambar: Malaysia Gazzette

Hal ini berikutan dalam kempen yang dilancarkan dua minggu lepas, AirAsia dilaporkan berkeras untuk menggunakan nama LCCT2 apabila merujuk kepada KLIA2 dalam laman web, tiket dan bahan promosinya. Namun ia menjadi satu kesalahan menurut undang-undang penerbangan dan AirAsia tidak boleh sewenang-wenangnya menukar nama KLIA2.

Gambar: Miss Volvo

Walau bagaimanapun, AirAsia boleh menggunakan nama LCCT2 untuk usaha promosi mereka menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia dan membangunkan industri pelancongan tetapi tidak boleh menggunakan nama LCCT2 pada tiket dan kaunter daftar masuk. 

 
 
 
Comments