Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Bakal Ditabalkan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang Kelima belas

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor memberikan sepenuh sokongan.

0
comments
Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Bakal Ditabalkan Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang Kelima belas
Sumber Gambar: upknkelantan.com
Mesyuarat Raja-Raja Melayu hari ini memutuskan perlatikan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad V, sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang baru. DYMM Sultan Muhammad bakal menggantikan DYMM Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang akan menamatkan sesi penggal sebagai Yang Di Pertuan Agong pada Disember ini.

DYMM Sultan Kelantan sentiasa dekat dengan rakyat Kelantan. (sumber gambar: blogspot)

DYMM Sultan Muhammad V yang dulunya dikenali sebagai Tuanku Muhammad Faris Petra, ditabalkan sebagai Sultan Kelantan pada tahun 2010. Baginda merupakan Sultan yang amat disayangi dan disenangi oleh rakyat negeri Kelantan kerana sifatnya yang penuh sederhana dan sentiasa dekat dengan rakyat.

Dalam satu berita lain di Facebook Johor Southern Tigers, satu kenyataan dikeluarkan yang menyatakan DYMM Sultan Johor telah menolak tawaran untuk menjadi Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan memberikan sokongan penuh kepada DYMM Sultan Kelantan.
Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers
 
 
Comments



Back to top