Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke Konsert Adibah Noor 2016

Menurut Adibah, ini mungkin konsertnya yang terakhir.

0
comments
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Ke Konsert Adibah Noor 2016
Gambar: Borneo/Rojak Daily
Nama penghibur bersuara lunak ini cukup memberikan impak dalam industri seni tanahair. 22 tahun lamanya berkecimpung, buat julung kalinya Adibah Noor bakal tampil dengan sebuah konsert mini ‘Into The 3rd Decade’ yang akan berlangsung pada 21 dan 22 Oktober ini bertempat di KLPAC, Kuala Lumpur.

Gambar: Instagram Adibah Noor

Sedang giat berlatih menjelang konsertnya minggu hadapan, idea untuk mengadakan konsert mini ini tercetus setahun yang lalu, bersempena 22 tahun penglibatannya bergelar penyanyi professional.
 
Kami sempat bertanya kepada Adibah Noor, ada tak kejutan atau persembahan istimewa pada malam konsertnya nanti? Jawab Adibah, “format konsert ini berbentuk penceritaan. Maksudnya saya akan buat aliran lagu pada malam itu berdasarkan aturan masa pertama kali saya bergelar penyanyi iaitu pada tahun 1995 selepas memenangi Suara 90-an Nescafe 1994, lagu-lagu yang membawa kemenangan, lagu-lagu cari makan, sehinggalah lagu dari album terbaharu ini".

Jadi, tanda malam 21 atau 22 Oktober anda untuk menikmati malam dibuai indah oleh penyanyi tersohor ini. Konsert akan bermula pada jam 8.30 malam dan tiket masih boleh didapati di Tiketpro. Suara dia lunak, auranya hebat, ini pula konsert mini pertamanya, kami senaraikan lagi lima sebab utama kenapa anda harus pergi ke Konsert Mini Adibah Noor 2016.
 
  1. Adibah Noor dilihat sebagai sebuah inspirasi. Dari sudut ketabahannya, kelantangan suaranya, kehebatan vokalnya, tidak perlu disangkal lagi. Dia acap kali diundang untuk berkongsi pengalaman hidup dan istimewanya di dalam konsert mini kali ini, Adibah akan menceritakan semuanya.
  2. Lagu-lagu yang bakal dipersembahkan jarang sekali kita dengar di corong radio, Adibah akan nyanyikan khas buat anda nanti.
  3. Lagu-lagu dari album ketiga Adibah Noor, yang belum dilancarkan, anda bakal menjadi orang pertama yang akan mendengarkannya di malam konsert ini nanti. Tiga lagu di dalam album ini iaitu 'Ke Sana Denganmu', 'Bahasa Rindu' dan 'Malaysia Kau Ku Cinta' sudah pun mendapat tempat di hati kita namun ada empat lagi lagu baru yang masih menjadi rahsia, bakal dipersembahkan.
  4. Artis-artis undangan Konsert Mini Adibah Noor 2016 cukup besar. Mereka adalah Nassier Wahab, Amir Jahari, Dina Nadzir, Nizam, Atilia, Sam Inuendo dan Misha Omar.
  5. Lagu duetnya bersama Misha Omar yang telah pun siap muzik videonya, akan dipersembahkan pada malam itu. Misha Omar akan berkongsi cerita dan kisah disebalik pembikinan muzik video itu sehingga pada waktu malam itu juga, dia melahirkan cahaya mata, Muhammad Idris Ezzwa.
 
 
Comments



Back to top