Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Thailand Berkabung Selama Setahun dan Tiada Acara Hiburan serta Keramaian Selama 30 Hari

Raja paling lama memerintah selama 70 tahun, Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej mangkat.

0
comments
Thailand Berkabung Selama Setahun dan Tiada Acara Hiburan serta Keramaian Selama 30 Hari
Gambar: Getty Images
Raja paling lama memerintah selama 70 tahun, Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej mangkat di Hospital Siriraj, semalam. Baginda mangkat pada pukul 3.52 petang pada usia 88 tahun.

Menurut laporan Biro Diraja Thailand menerusi Mstar, baginda dirawat di hospital berkenaan sejak 3 Oktober 2014. Lama-kelamaan, baginda bertambah teruk sehingga menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Laporan kesihatan terakhir dari pihak hospital menyatakan baginda mengalami komplikasi pada hatinya.

source: imgur.com
Gambar: AFP

Semalam rakyat Thailand berkumpul di luar kawasan hospital bagi memberikan sokongan, berdoa dan melakukan upacara sembahyang kepada raja kesayangan mereka itu. Sejurus berita kemangkatannya diumumkan, suasana pilu menyelubungi luar pagar Hospital Siriraj.

Atas pemergian raja kesayangan seluruh rakyat Thailand ini, Perdana Menteri Thailand telah menetapkan tempoh berkabung adalah setahun bermula hari ini, 14 Oktober 2016 dan tiada acara berpesta dan hiburan selama 30 hari.

Bendera Thailand di semua bangunan pejabat, syarikat milik kerajaan dan agensi kerajaan dikibarkan separuh tiang selama 30 hari bermula hari ini.
 
 
 
Comments